Monday, January 23, 2012

Majlis Persaraan GPK HEM sekolahku..

Assalamualaikum..arini terasa nak menulis lagi...nak citer pasal pe plak?apa lagi keje-keje seni yang aku buat?emm..entry hari ni nak citer pasal majlis persaraan GPK HEM sekolah aku..bukan nak citer pasal majlis persaraan tu..tapi...mcm biasa..bahagian-bahagian deco, memang dah jadi keje aku..jom tengok pape yang patot..


 nila wajah yang diraikan..Puan Hajah Saadah Bt Saadon..


untuk majlis persaraan ni..aku buatkan selempang emas khas utk yang diraikan..EMAS-lambang jasa yang dihargai..sangat bernilai dan semestinya harga emas sekarang tengah naik...hahaha..


ha..ni plak singgahsana khas yang aku buat untuk beliau...sebenarnya ni rahsia aku..xda sapa pon yang tau aku nak buat singgahsana ni..masa mesyuarat program pon aku tak bagitau sapa2..so, untuk ianya kekal rahsia..terpaksala aku datang petang2 ke sekolah sampai dekat nak malam jugakla baru siap singgahsana ni..memang SUPRISE sebab cikgu-cikgu lain terkejut bila datang pagi tu tego ada tepat duduk khas untuk yang diraikan..

 untuk penamat majis..aku deco plak sebuah kereta milik GPK KOKO aku untuk membawa yang diraikan pulang ke rumah..em..tu jela hasil seni untuk kali ni..kalo nak citer bab majlis persaraan ni sebenarnya meriah sangat..ada silat..perarakan..persembahan zapin..kuda kepang..dan mcm-mcm lagi..tapi citer lain kali jelah..tu pun kalo sempat...hihi..ok..bye2...


Tuesday, January 10, 2012

Fabulousity Of Marjinah

Assalamualaikum..

sekali lagi terjumpa gambar-gambar lama kat dalam lappy ni..citer ketika menyertai pertandingan rekaan busana muslimah anjuran astro..tak sangka jugak terpilih masuk akhir..walaupun tak menang tapi this is the best moment among the best..hihi..











Tuesday, January 3, 2012

Suhu Warna

Entry kali ni plak aku nak tunjuk kat korang disaat aku kebosanan..cari punya cari keje last-last dapat idea..apa ideanya?em..jom layan.








sebenarnya ni kereta kontrol anak murid aku..sebelum ni kereta ni warna merah..tapi aku dah make over jadi kaler biru..dari warna kumpulan panas aku transform ke warna sejuk pula..kat bawah ni aku terangkan sikit pasal sushu warna..

SUHU WARNA
 
Suhu warna hanya diamati melalui emosi pelihat dari segi nilai setetikanya dan bukan oleh pancaindera penglihatan. Terdapat dua jenis suhu warna iaitu warna panas dan warna sejuk.
 
Warna Panas
Warna panas terdiri daripada warna-warna antara merah-ungu hingga kuning-hijau pada roda warna. Warna panas mempunyai ton warna yang tinggi. Warna panas menimbulkan suasana bertenaga, cahaya kuat, harapan dan garang. Warna panas juga sesuai untuk menunjukkan perasaan gembira, bersemangat, bertenaga, cemas, huru-hara dan lain-lain.
 
Warna Sejuk
Warna sejuk tediri daripada warna-warna antara hijau hingga ungu pada roda warna dan cahaya warna yang rendah. Warna sejuk menimbulkan susana kesegaran, kelembutan, kedamaian serta perasaan yang tenang, aman, dingin, jauh, sedih dan sunyi. Ia sesuai digunakan sebagai warna latar.