Tuesday, January 3, 2012

Suhu Warna

Entry kali ni plak aku nak tunjuk kat korang disaat aku kebosanan..cari punya cari keje last-last dapat idea..apa ideanya?em..jom layan.








sebenarnya ni kereta kontrol anak murid aku..sebelum ni kereta ni warna merah..tapi aku dah make over jadi kaler biru..dari warna kumpulan panas aku transform ke warna sejuk pula..kat bawah ni aku terangkan sikit pasal sushu warna..

SUHU WARNA
 
Suhu warna hanya diamati melalui emosi pelihat dari segi nilai setetikanya dan bukan oleh pancaindera penglihatan. Terdapat dua jenis suhu warna iaitu warna panas dan warna sejuk.
 
Warna Panas
Warna panas terdiri daripada warna-warna antara merah-ungu hingga kuning-hijau pada roda warna. Warna panas mempunyai ton warna yang tinggi. Warna panas menimbulkan suasana bertenaga, cahaya kuat, harapan dan garang. Warna panas juga sesuai untuk menunjukkan perasaan gembira, bersemangat, bertenaga, cemas, huru-hara dan lain-lain.
 
Warna Sejuk
Warna sejuk tediri daripada warna-warna antara hijau hingga ungu pada roda warna dan cahaya warna yang rendah. Warna sejuk menimbulkan susana kesegaran, kelembutan, kedamaian serta perasaan yang tenang, aman, dingin, jauh, sedih dan sunyi. Ia sesuai digunakan sebagai warna latar.

No comments:

Post a Comment