Tuesday, December 18, 2012

Aktiviti cuti sekolah bahagian 2



.
 pemunggahan barang2..muatan penuh selori..


 the making..


 pelamin..lampu leh tukar2 warna







 malam berinai
 meja makan berdamai















aktivitiku sepanjang cuti..

Assalamualaikum..

Lamanya x menulis kat blog ni..walaupon aku tau xda sapa pun sebenarnya yg baca blog ni, tp aku nak tulis jugak..ok..aku nak stat citer minggu last persekolahan sebelum cuti persekolahan yang panjang...minggu last ni biasa semua cikgu2 sibuk ngan kursusla..examla n ntah pape lagi aktiviti sebelum tutup penggal..hujung minggu ni jgakla sekolah akan buat majlis Anugerah Cemerlang..macam biasala..bila ada event kat sekolah aku semestinya aku jadi juru hias pentas..eerrmm..sedeh nak citer..mana taknya..tatkala cikgu2 ada yg berkursus n exam akhir semester diorang time nila jgak aku terpaksa menjayakan majlis anugerah cemerlang sekolah aku..disebabkan kekurangan kakitangan maka, aku terpaksala buat pentas sorg2..so, nak selamat terpaksala buat yang senang2 je sbb nti pengsan bila time nak kemas semula bila dah abis majlis..so, ni je pentas yang aku buat.kali ni letak2 bunga warna kuning n letak border kat keliling banner je..huhu
 ni je yg aku buat..malas sgt kan?
 back stage...
sebahagian ibu bapa yg datang...

pada majlis kali ni, aku juga ditugaskan utk handle persembahan..so, lps pakat2 ngan cikgu Afyana, kitorg decide utk buat koir ngan zapin je...

ni je koir yg sempat..okla daripada xda..hihi

persembahan zapin xdpt nak upload..huhu

Saturday, November 17, 2012

Temuduga HLP 2013

Assalamualaikum..

rasanya terlalu lama nak sambung entry temuduga hlp aritu..sampai dah bersarang labah-labah dah page aku ni..last week terlalu sibuk handle wedding costumer (nti ada masa aku upload wedding yg aku buat tu)...minggu ke2 cuti ni baru rasa lapang sikit..tu pun setelah bertungkus lumus menyiapkan sppbs dunia seni visual tahun 1 dan 2 sekolah aku ni..banyak jugak citer yg xsempat aku nak pos..citer g kursus kssr thn 3..majlis anugerah cemerlang sekolah (cam biasa..aku kena buat pentas..huhu)..semuanya tunggula aku ada masa menulis nanti..ok..berbalik pasal temuduga hlp tu..kalo orang lain mcm banyak je fakta2 yang nak diberitahu bila org tanya apa soalan yang ditanya..tapi aku xtau apa nak citer..sbbnya....

sebaik je aku melangkah masuk dalam bilik interview tu, aku nampak 2 orang panel yang sedang menunggu kat dalam bilik tu..aku langsung xkenal sapa diorang ni..tapi kalo x salah aku seorang yg berbangsa cina ni adalah orang dari bahagian kurikulum kpm..masuk2 bilik tu aku terus je duduk kat kerusi yang disediakan.nampak je beg besar yang aku bawak tu..diorang terus suruh bukak nak tengok apa isi kandungannya..aku pon apa lagi..keluarla semua art work aku yang berlambak2..dari design2 fashion aku..sampaila keratan2 akhbar yang pernah memaparkan kisah aku sampaila gambar2 hasil kerja aku kat sekolah..seronok betol panel2 tu membelek benda2 yang aku tunjuk tu..lepas tu aku bg resume n proposal aku pada diorang..bila tengok resume plak diorg mcm marah plak kat aku sebab last aktiviti fesyen aku stop kat thn 2009..diorang tanya aku apsal tak teruskan ngan dunia fesyen ni..dgn selamber aku jawab aku dah sibuk ngan kerja2 sekolah...rupa2nya..panel2 tu nak aku teruskan dunia fesyen ni supaya menjadi inspirasi kepada anak2 murid aku..Insyaallah..1 ari nanti aku akan join lg pertandingan2 fesyen yg ada kat malaysia ni..hihi..

ok..citer plak pasal proposal aku..alamak!!part nila yang hancur..aku buat proposal ni tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari sesapa pon..so,mcm banyak jgakla yang aku xpaham sgt especially term2 kajian yg aku xtau..so, kalo aku xdpt hlp ni..nila faktornya..mungkin proposal aku xcukup kuat atau kefahaman aku tentang proposal yang aku buat ni..tapi pape pon aku dah cuba yang terbaik utk interview ni..segala2nya adalah ketentuanNya..aku insan yang kerdil yang hanya mampu berharap dan berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh apa yang aku inginkan...Good Luck to me...mmuuaahhhh.

Monday, October 8, 2012

Pengalaman interview HLP untuk kali pertama

Assalamualaikum..

hari ni aku g interview HLP/CBPTB di cyberjaya..em...tak tau nak stat dari mana..tapi aku harap pengalaman aku ni boleh share ngan sesapa yang nak g interview HLP pasni..pagi2 lagi aku dah gerak dari tempat penginapan aku di Dengkil..disebabkan masih awal, aku sempat bersarapan kat kedai mamak berhampiran hotel aku stay tu..tapi sebab terlalu pagi, tekak aku ni taknak terima plak roti canai sekeping yang aku order ni..so, pekena teh tarik secawan je..hujan yang masih turun sejak kol 5 pagi tadi masih lagi mencurah..hhuurrmm..sedapnya kalo tido..hihi..sambil tangan membelek-belek nota poket yang aku buat malam tadi, otak aku dok pkir apa kemungkinan-kemungkinan soalan yang akan panel tanya..

siap je bayar aku terus memandu ke Bahagian Tajaan, KPM ngan bersemangat..tu tips yang pertama..pastikan diri berada dalam keadaan yang bersedia dan bersemangat tinggi..pukul 7.30 pagi aku dah sampai.awal sejam aku sampai..tips ke2.biar awal sampai..jgn kelam kabut sebab terlewat..aku tengok keliling dah ramai jugak yang datang.tapi sebab hujan, semua pun duduk dalam kereta..aku tengok kereta sebelah aku..seorang perempuan sedang membaca nota dia..tips ketiga..terusla membaca dan menghafal pape yang patut walaupun dah nak masuk bilik interview.manala tau hasil bacaan yang last-last minit tula yang ditanya..

aku tangok jam dah pukul 7.50 pagi..ramai yang dah berkumpul kat lobby KPM tu..so, aku pun dengan bergayanya berlari-lari anak sambil membimbit beg seni aku yang besar dan berat sesangat ni..sambil tangan kiri memegang kot.,aku masuk ke lobby..tetiba aku rasa semua mata tertumpu ke arah aku..mana tidaknya..orang bawak fail je..aku datang dengan bawak segala art work aku yang mcm-mcm..hihi/..diorang tak tau sebenarnya aku psiko diorang tu.oh! lupa plak..ada seorang kakak ni aku rasa dia lagi hebat sebb bawa beg bowling yang ada roda lagi..mesti banyak abm yang dia bawa.tips seterusnya..bawak je segala bahan yang korang rasa nak tunjuk kat panel daripada diorang  bosan tunggu korang terkebil-kebil nak menjawab nanti, adala jugak benda yang panel nak  tengok.(macam pernah ku alami petistiwa ni..hihi)

dalam pukul 8 pagi, urusetia pendaftaran bukak kaunter..maka, semua pun tandatangan kehadiran..sempat gak aku tengok senarai nama yang mohon sama bidang ngan aku..ada 5 orang kalo tak silap..kalo tengok pada senarai, nama aku yang ke4 diinterview..tapi urusetia tu kata aku yang ke2..ah..layan jela.kami semua ditempatkan kat dalam 1 bilik menunggu..kalo ikut kata urusetia kami semua ada 80 orang tapi maybe faktor cuaca hujan, masih ramai lagi yang belum sampai..kami semua ditaklimatkan secara ringkas camner nak masuk bilik temuduga..ada pintu-pintu yang kami kena lalu..aku ambil port kat belakang sekali..dari mula-mula aku sorang dok kat situ..last-last penuh ngan geng-geng yang interview untuk bidang PJ..ada yang cikgu SM, Vokasional.,matriks..aku je bidang seni yang terselit kat tengah-tengah diorang..masa ni masing-masing berkongsi baca surat khabar harini sebbab nak tau isu semasa untuk arini..aku pun tumpangla sekaki walaupun malas sebenarnya nak baca..hihi..tips yang keberapa ntah..sempat-sempatkanlah baca tentang isu semasa masa hari interview tu..manala tau panel tu tanya..xdala nampak sangat korang tu ketinggalan zaman..hihi

orang pertama untuk ditemuduga di semua bilik dah dipanggil..lebih kurang pukul 8.57 pagi, nama aku dipanggil untuk menunggu kat depan pintu bilik temuduga no4..dup dap dup dap...maka menunggula aku dengan penuh kesabaran kat depan pintu bilik tu...

nanti sambung lagi ek untuk pengalaman aku ditemuduga plak..banyak perkara-perkara yang menarik untuk aku kongsikan...

CHOW...CINCAU....

Wednesday, October 3, 2012

Majlis penutupan Bulan Kemerdekaan 2012

Assalamualaikum..
hai semua..lama gak tak update blog aku ni..em..apa keje seni terbaru aku kali ni? rasanya macam nak citer pasal majlis penutupan bulan kemerdekaan sekolah aku..tahun ni sambutan kemerdekaan sambut sekali ngan sambutan hari raya walaupun raya dah abis pun..tapi kemeriahannya tetap dirasai..untuk programm kali ni aku kena jadi MC..dah dekat stahun tak jadi MC..sejak kak moni tak ada..tup tup nama aku naik lagi..em..terima jelah..ok..jom tgk gambar hasil jari jemari cikgu hairul untuk entry kali ni...


sebenarnya aku tak terlibat untuk hiasan pentas ni sbb aku dah kena jd MC..tapi ajk pentas mintak tolong gak buat pentas..so,sebab aku tak prepare pape, ini jela yang dapat aku sediakan..aku cuma dapat buat 2 kuntum bunga raya 3D..aku cuma guna dawai untuk bentuk kelopak-kelopak bunga tu..pastu ada sekuntum bunga yang belum kembang..untuk tepi banner tu aku letak bendera malaysia..okla untuk bidan terjun kali ni..hihi

untuk sambutan kemerdekaan kali ni banyak acara yang dipertandingan..dan keputusannya, mcm biasala..penyertaan dari kelas aku sapu bersih semua acara..

1. johan dan naib johan pertandingan menvdeklamasikan sajak tahap 2
2. johan, naib johan dan tempat ketiga pertandingan mewarna tah2
3. johan pertandingan keceriaan kelas merdeka
4. johan koir lagu patriotik

maafla..aku tak sempat nak snap gambar sebab minggu ni busy sgt..cuma ada gambar penyertaan kelas aku dalam pertandingan koir lagu patriotik..2 minggu jugak kami berlatih untuk pertandingan ni...jom tengok..


nila team koir kelas aku..aku gunakan warna-warna bendera malaysia untuk pakaian diorang..merah,biru,kuning,putih...kelas aku je yang seragam camni..over kan?hihi




ni jela yang dapat aku tunjuk kat korang untuk kali ni...enjoy!

Monday, July 16, 2012

Hari Sukan 2012 Otak Cergas Badan Sihat

Assalamualaikum...
yea..yea..sukan lagi..kejap je dah setahun..last week sekolah aku wat sukan tahunan lagi..kalotahunlepas citer pasal si merak kayangan tu..tahun ni rumah sukanaku dah bertukar ke warna ijau plak..so, binatang apa plak tahun ni? setelah berbincang ngan geng-geng cikgu yang lain kami dah bersepakat nak gunakan GREEN DRAGON sebagai maskot...so,nak tengok tak camner hasil seni kali ni?jom....


ini adalah bendera umah sukan aku..gambar seekor naga..totally hand drawing..manual...


Tahun ni aku buat naga ala2 tarian naga cina..yang ni baru siap kepalanya..badan lom sambung lagi..

ni plak sepanduk..

untuk peserta barisan, aku buatkan topeng dan perisai gladiator..
korang nak tengok hasil-hasil seni aku yang lain untuk hari sukan tahun ni?em...tunggu part 2 ek..aku nak g potong kain dulu..tak kawen plak nanti kastemer aku...hihi..

Tuesday, February 28, 2012

Kelas baru 2012

tahun baru tiba lagi..sesi persekolahan 2012 pun dah mula..tahun ni aku diamanahkan menjaga kelas Tahun 5 Arif..budak-budak yang sama tahun lepas...korang nak tengok tak transformasi kelas aku tahun ni...jom layan..

inilah keadaan kelas sebelum aku ubahsuai..ish..teruk gak kelas ni..takpe-takpe..kita tengok hasilnya nanti..

Ok..ok..sedia...SUPRISSSEEEEE!!!!!!!!!!

 aku buat sudut galeri..letak gambar-gambar budak-budak kelas ni..sudut ni aku buat kat pintu supaya sapa-sapa yang lalu kat depan kelas ni pun boleh tengok gambar-gambar diorang..kalo korang nak tau, kelas aku ni memang aktif ngan aktiviti sekolah..sebab tu banyak koleksi gambar diorang ni..


 ni plak sudut am..ada banyak maklumat tetang gejala sosial,buli..dsb..aku gantung kat bawah softboard kat depan kelas..


sudut bacaan..ada tikar getah.nak masuk bukak kasut..sempit sikit tapi masih bolehla kalau nak duduk baca buku kat sini..

 ni pandangan sudut bacaan tu..


kat sudut bacaan ni aku buat pokok..ala-ala membaca buku kat bawah pokok..


ni plak tempat letak penyapu n penyodok..takdela bersepah-sepah penyapu kat dalam kelas tu..


cermin tu adalah sudut hias diri..bolehla budak-budak ni tengok-tengok jerawat diorang...


lagi sudut hias diri..


info yang pelbagai dalam kelas ni..kertas mahjong kat atas tu adalah contoh-contoh rangka karangan..jenuh jugakla aku nak menulis..hihi



rak kasut..sila tangglkan kasut anda..paham!!!


sedikit nilai-nilai murni gantung kat pokok



 ni nak tunjuk langsir kelas aku..aku jait sendiri..meja murid-murid pun aku sampul cantik-cantik...cantik ke?


terselit plak gambar murid0murid tengah exam..kondusif betul kelas ni..hahha


papan hijau pun aku deco..letak kerawang kat setiap bucu..


itu sudut info kelas..ada jadual waktu, jadual bertugas, organisasi kelas, nama-nama guru yang mengajar..




sudut BM..kata hubung..kata sendi dsb..


 sudut BM lagi,,maklumlah aku ngajar BM kelas ni..so, banyakla info BM aku letak..


sudut anti-dadah..
 nila-nilai murni..
close-up sikit sudut info kelas...konsep rama-rama..Fuhh!!!siap gak kelas aku tahun ni...