Monday, October 8, 2012

Pengalaman interview HLP untuk kali pertama

Assalamualaikum..

hari ni aku g interview HLP/CBPTB di cyberjaya..em...tak tau nak stat dari mana..tapi aku harap pengalaman aku ni boleh share ngan sesapa yang nak g interview HLP pasni..pagi2 lagi aku dah gerak dari tempat penginapan aku di Dengkil..disebabkan masih awal, aku sempat bersarapan kat kedai mamak berhampiran hotel aku stay tu..tapi sebab terlalu pagi, tekak aku ni taknak terima plak roti canai sekeping yang aku order ni..so, pekena teh tarik secawan je..hujan yang masih turun sejak kol 5 pagi tadi masih lagi mencurah..hhuurrmm..sedapnya kalo tido..hihi..sambil tangan membelek-belek nota poket yang aku buat malam tadi, otak aku dok pkir apa kemungkinan-kemungkinan soalan yang akan panel tanya..

siap je bayar aku terus memandu ke Bahagian Tajaan, KPM ngan bersemangat..tu tips yang pertama..pastikan diri berada dalam keadaan yang bersedia dan bersemangat tinggi..pukul 7.30 pagi aku dah sampai.awal sejam aku sampai..tips ke2.biar awal sampai..jgn kelam kabut sebab terlewat..aku tengok keliling dah ramai jugak yang datang.tapi sebab hujan, semua pun duduk dalam kereta..aku tengok kereta sebelah aku..seorang perempuan sedang membaca nota dia..tips ketiga..terusla membaca dan menghafal pape yang patut walaupun dah nak masuk bilik interview.manala tau hasil bacaan yang last-last minit tula yang ditanya..

aku tangok jam dah pukul 7.50 pagi..ramai yang dah berkumpul kat lobby KPM tu..so, aku pun dengan bergayanya berlari-lari anak sambil membimbit beg seni aku yang besar dan berat sesangat ni..sambil tangan kiri memegang kot.,aku masuk ke lobby..tetiba aku rasa semua mata tertumpu ke arah aku..mana tidaknya..orang bawak fail je..aku datang dengan bawak segala art work aku yang mcm-mcm..hihi/..diorang tak tau sebenarnya aku psiko diorang tu.oh! lupa plak..ada seorang kakak ni aku rasa dia lagi hebat sebb bawa beg bowling yang ada roda lagi..mesti banyak abm yang dia bawa.tips seterusnya..bawak je segala bahan yang korang rasa nak tunjuk kat panel daripada diorang  bosan tunggu korang terkebil-kebil nak menjawab nanti, adala jugak benda yang panel nak  tengok.(macam pernah ku alami petistiwa ni..hihi)

dalam pukul 8 pagi, urusetia pendaftaran bukak kaunter..maka, semua pun tandatangan kehadiran..sempat gak aku tengok senarai nama yang mohon sama bidang ngan aku..ada 5 orang kalo tak silap..kalo tengok pada senarai, nama aku yang ke4 diinterview..tapi urusetia tu kata aku yang ke2..ah..layan jela.kami semua ditempatkan kat dalam 1 bilik menunggu..kalo ikut kata urusetia kami semua ada 80 orang tapi maybe faktor cuaca hujan, masih ramai lagi yang belum sampai..kami semua ditaklimatkan secara ringkas camner nak masuk bilik temuduga..ada pintu-pintu yang kami kena lalu..aku ambil port kat belakang sekali..dari mula-mula aku sorang dok kat situ..last-last penuh ngan geng-geng yang interview untuk bidang PJ..ada yang cikgu SM, Vokasional.,matriks..aku je bidang seni yang terselit kat tengah-tengah diorang..masa ni masing-masing berkongsi baca surat khabar harini sebbab nak tau isu semasa untuk arini..aku pun tumpangla sekaki walaupun malas sebenarnya nak baca..hihi..tips yang keberapa ntah..sempat-sempatkanlah baca tentang isu semasa masa hari interview tu..manala tau panel tu tanya..xdala nampak sangat korang tu ketinggalan zaman..hihi

orang pertama untuk ditemuduga di semua bilik dah dipanggil..lebih kurang pukul 8.57 pagi, nama aku dipanggil untuk menunggu kat depan pintu bilik temuduga no4..dup dap dup dap...maka menunggula aku dengan penuh kesabaran kat depan pintu bilik tu...

nanti sambung lagi ek untuk pengalaman aku ditemuduga plak..banyak perkara-perkara yang menarik untuk aku kongsikan...

CHOW...CINCAU....

1 comment: